Thursday, April 12, 2007

Dari mana asalnya Boer ?

Boer dari perkataan Dutch bermakna ‘farmer’. Kedatangan Boer ke Afrika Selatan yang pernah direkodkan adalah ke Barat Uganda pada awal tahun A.D 1200. Dari mana asalnya keturunan Boer ini? Pembiakan awal adalah adalah dari golongan kaum Bantu Selatan (Southern Bantu), Namaqua Hottentots, India dan Eropah.

Generasi Boer moden ini telah bermula pada abad 20. Di Wilayah Timur Afrika, penternakan Boer untuk dagingnya telah diterajui oleh Encik W.G Jordaan di mana anaknya T.B Jordaan dari Buffelsfontein. Pada awal pembiakan kambing boer ini, W.G Jordaan telah membeli kambing yang mempunyai bulu yang pendek dan warna merah muda pada kepala kambing dari Puan Van de Venter dari Somerset East. Di samping itu dia membeli seekor kambing jantan yang amat besar dari I.B van Heerden dari Kaalplas Cradock. Dari jenis kambing inilah bermulanya pembiakan kambing boer tersebut. Itu sebab jenama Jordaan ini terpahat dalam industri pembiakan boer di Afrika Selatan.

Pada tahun 1959 pembiakan dan pemilihan kambing boer ini dikawalselia oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil Boer Goat Breeder’s Association (Afrika Selatan). Pada tahun 1970, kambing boer telah diuji oleh National Mutton Sheep and Goat Performance Testing Scheme bagi mengesahkan boer sebagai kambing pedaging ketika itu.

Pada tahun 1977, boer telah diimport oleh Jerman. New Zealand dan Australia telah mengimport boer pada tahun 1987 dan 1988. Di Amerika dan Kanada pula pada tahun 1993 selepas kedatangan embrio boer di Olds College, Kanada.

Sekian.

Sambung Cerita Saya

Lepas saya "terkena" , saya lebih berhati-hati. Adik ipar saya kata ada kambing Jamnapari nak jual harga RM 800.00. Masa itu umur Jamna masih 6 bulan lebih dan jantan pulak. Saya pun beli.Nak buat Pejantan. Sebab kata orang Jamna ini frame besar. Kacuk dengan kambing lain potential nak dapat saiz besar tu ada. Masa itu juga beli 2 ekor induk jenis Jermasia dan Jamna cross , masa beli tu tak tau jenis apa pun.Main beli aje. Sebab badannya agak besar dan bunting , saya pun beli. Harga RM 800.00 seekor. Si penjual tunjuk jantan yang digunakan untuk induk yang dibuntingkan. Jamna original , katanya beli dari Indon. Ghairah sangat nak bela kambing tu saya bayar semua dan bawa balik.

Lebih kurang sebulan dua , kambing Jermasia tu beranak. 2 ekor dan sepasang pulak. Tak lama selepas itu Si Jamna Cross beranak. Dapat 2 ekor jugak , betina dua-dua. Dalam masa sebulan dok asyik tengok anak-anak kambing tu. Tenang jiwa dan happy. Rasa membuak-buak nak beli kambing.

Kambing Jamna saya dah umur dekat 15 bulan dan boleh lihat gambar dalam blog ini. Anak kambing pun ada gambarnya.

Sambung lagi kemudian.......minggu ini nak balik tengok kambing dan kandang yang telah upgrade. Nak bawa masuk boer pulak..

Wednesday, April 11, 2007

Kisah saya

Saya sebenarnya amat minat kat lapangan pertanian ini. Jadi saya try menternak kambing. Buat kecil-kecilan sahaja. maklum la modal tak ada.

Saya labur lebih kurang RM 4,600.00 utk beli kambing saja. Pertama sekali saya nak beli kabing ni , saya rasa amat tertipu. Masa itu amat ghairah nak dapatkan kambing jadi bila ada offer RM 600.00 seekor kambing , saya pun bayar. Kambing yang saya pilih ni bukan jenis kampung. Maklum la masa tu telah terpahat kat otak ni nak jual baka kambing. Jadi belilah kambing yang baik punya kualiti . Umur kambing tu baru 6 bulan.

Masa nak ambil berlakulah satu mala petaka , terjadi wabak penyakit kat kawasan si penjual tadi. Jadi tak boleh nak bawa kambing balik. Lama juga berkomunikasi dengan si penjual dan akhir sekali kambing itu mati. Yang paling malang lagi , duit hangus dan kambing tiada.

Peringatan pertama : Jangan tergesa-gesa , buat perjanjian yang jelas dengan si penjual, banyakan ilmu tentang kambing untuk mudah nak dapat kualiti kambing terbaik, kalau bayar bawa balik terus, tanya orang yang pakar dan akhir sekali apa objektif kita bela kambing.

Cerita seterusnya , tunggu......

gambar tersebut adalah kambing saya sekarang......
Ingin menjadi penternak kambing.

Analisa diri anda dulu:

1. Cukup ilmu
2. Objektif untuk menternak kambing : suka-suka , komersial atau ikut trend sekarang.
3. Modal
4. kekuatan mental dan fizikal
5. Lokasi

Saya huraikan dengan terperinci lagi.