Sunday, July 22, 2007

Kambing Beranak dan kambing Dijual

Dua minggu lepas, anak kambing dari keturunan Anglo yang berwarna hitam (dalam gambar) telah dijual. Harga dalam RM 1,000.00. Kambing ini jantan dan berumur satu tahun. Berat badan anggran 50 Kg. Keturunan kambing ini adalah sama dengan kambing pejantan saya. Bila kambing ini dibawa kepada tuan baru, dia adalah kambing yang terbesar di sana. Menurut adik ipar saya, kambing ini semakin besar sebab kurang persaingan di tempat baru. Saya nak tengok pun rasa kasihan pulak. Maklum la dia tu bekas ternakan kita.

Buat masa ini kita telah berjaya menjual sebanyak 5 ekor kambing. Hasil jualan nya ialah lebih kurang RM 3,600.00

Berita terbaru, kambing betina telah beranak (seekor) dan anaknya adalah jantan. Sekarang ini ada 3 anak kambing jantan yang terbaru dari 2 induk. Kambing yang beranak ini adalah anak kepada kambing induk yang mati dalam cerita saya sebelumnya. Buat masa ini jumlah kambing induk saya dengan adik ipar adalah 6 ekor sahaja. Kami terpaksa cari induk yang lain sebagai tambahan kepada induk sedia ada.

Masih ada 2 induk yang masih bunting....mungkin lagi 2 atau 3 bulan nanti. Di samping itu adik par ada beli 2 induk baru (dia share dgn member). Dua iduk dah beranak . 3 ekor anak dari 2 induk ini. Saya plan nak beli boer afrikanya (kacukan) dengan harga RM 1,000.00.

Saturday, July 7, 2007

Baka Boer

Memilih baka kambing boer.

Satu kenyataan yang amat subjektif. Semua orang tahu kambing boer ( yang minat industri kambing) elok untuk daging. Kambing jenis ini berpotensi mencapai 120 kg beratnya. Tapi ada kala kita dapati kambing boer ini tak sampai pun 5o kg beratnya. Ini kes kena tipu, mungkin gred boer yang didapat telah dikacuk dengan kambing lain. Untuk mendapat baka yang terbaik , seeloknya dapatkan boer yang berdaftar (register). Mungkin harganya tak murah tapi kualiti sudah gerenti. Bayangkan umur kambing baru 12 bulan dan beratnya hampir 95 kg. Menakjubkan. Ada orang kata buat apa beli kambing mahal-mahal. Nak jual pun mahal jugak. Orang kita kalau harga sampai RM 2,000 lebih , baik beli lembu.

Jenis kambing boer yang berdaftar ni terdapat pulak 2 kategori. Yang pertama jenis komersial. Harganya murah sikit, dalam RM 2300 boleh dapat. Tapi kategori stud ni, memang baka power. Ini boer beratnya yang umur 12 bulan boleh dapat 95 kg tu. Harganya pulak susah nak dapat bawah RM 4,000.

Tapi kategori stud ini akan menjadi pelopor kepada industri kambing pada suatu masa nanti. Kita lihat dalam 3 tahun lagi. Kita akan menjadi salah satu pengeksport daging kambing nanti.
Sila ikuti bolg saya nanti.

Pasaran Daging Kambing Muda

Saya bercadang untuk melibatkan diri dalam perdagangan daging kambing. Ini disebabkan pasaran di Malaysia masih lagi terlalu muda dan kurang sambutan. Ini hanya pendapat saya. Sekiranya pasaran daging kambing ini begitu besar di pasaran Malaysia, saya adalah orang pertama akan turut terlibat. Buat masa ini saya dalam proses untuk mengadakan 140 ekor daging kambing muda. Anggaran berat di antara 6,00o kilo. Kambing ini berumur kurang dari 11 bulan. Sesiapa berminat untuk join atau punya pasaran daging kambing jenis ini sila berhubung dengan saya di luqmancairel@yahoo.com.

Friday, June 1, 2007

Sekarang ini ramai orang bercerita fasal kambing ( yang mana minta la). Kambing ini dulu yang harganya murah sekarang ini ada yang harga macam lembu. Kambing ini pula macam-macam jenis. Kambing Boer, Jamnapari, Saanen, Katjang dan bermacam-macam nama.

Mengapa kita bercerita fasal kambing. Sebabnya ada tarikan komersial. Saya sedang kumpul maklumat penternak kambing ( yang menternak sahaja ) untuk dijadi rujukan untuk semua orangn nanti. Tuan-tuan boleh bagi website dan juga e mail address tuan-tuan.

Email kepada saya : luqmancairel@yahoo.com

Sunday, May 6, 2007

Tarikh 5.5.2007

Tarikh ini bermakna bertambahlah jumlah kambing saya. Kambing hitam selamat melahirkan 3 ekor anak kambing. Tapi saya seekor tidak dapat diselamatkan. Ketiga-tiga ekor anak tersebut adalah jantan.

Induk betina kambing hitam saya ini memang jenis sayang anak. Kedua-dua anak dari generasi pertama dah besar dah. Seekor dah jadi anak dara dan seekor lagi jadi kambing jantan yang cantik.

Kambing hitam saya itu ada dalam gambar koleksi saya ini.

Nanti balik kampung next week saya akan ambil gambarnya.


Jumpa lagi.

Saturday, April 28, 2007

Apa itu Kambing Boer

Definasi Boer.

Saya ingin berkongsi maklumat kepada penternak kambing yang berminat untuk membela kambing boer. Informasi ini dapat membantu serba sedikit agar tidak berlaku sebarang keraguan pada penternak dalam mengenal pasti kambing ini.

Full-blood boers adalah boer yang keturunan berasal dari Afrika dan boer tersebut didaftarkan serta tiada campuran dengan jenis kambing lain (no outside bloodlines).

Pure-bred boers adalalah hasil peningkatan dari kacukan kambing boer tersebut. Kambing betina (doe) akan menjadi ‘pure-bred boer’ setelah peningktan kacukan tersebut mencapai tahap ke 4 (F4) kacukan di mana ‘boer blood’ sebanyak 93.75 %. Manakala bagi kambing jantan (buck) mestilah dari keturunan atau anak cucu dari kacukan tahap ke 5 (F5) atau lebih di mana jumlah ‘boer blood’ sebanyak 96.9 % . ‘Pure-bred boers’ tidak akan mencapai tahap ‘full-blood boers’ walaupun telah melakukan tahap kacukan yang lebih tinggi. Dari perkataan yang lebih mudah ‘pure-bred boers’ tidak akan menjadi ‘full-blood boers’.

Thursday, April 12, 2007

Dari mana asalnya Boer ?

Boer dari perkataan Dutch bermakna ‘farmer’. Kedatangan Boer ke Afrika Selatan yang pernah direkodkan adalah ke Barat Uganda pada awal tahun A.D 1200. Dari mana asalnya keturunan Boer ini? Pembiakan awal adalah adalah dari golongan kaum Bantu Selatan (Southern Bantu), Namaqua Hottentots, India dan Eropah.

Generasi Boer moden ini telah bermula pada abad 20. Di Wilayah Timur Afrika, penternakan Boer untuk dagingnya telah diterajui oleh Encik W.G Jordaan di mana anaknya T.B Jordaan dari Buffelsfontein. Pada awal pembiakan kambing boer ini, W.G Jordaan telah membeli kambing yang mempunyai bulu yang pendek dan warna merah muda pada kepala kambing dari Puan Van de Venter dari Somerset East. Di samping itu dia membeli seekor kambing jantan yang amat besar dari I.B van Heerden dari Kaalplas Cradock. Dari jenis kambing inilah bermulanya pembiakan kambing boer tersebut. Itu sebab jenama Jordaan ini terpahat dalam industri pembiakan boer di Afrika Selatan.

Pada tahun 1959 pembiakan dan pemilihan kambing boer ini dikawalselia oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil Boer Goat Breeder’s Association (Afrika Selatan). Pada tahun 1970, kambing boer telah diuji oleh National Mutton Sheep and Goat Performance Testing Scheme bagi mengesahkan boer sebagai kambing pedaging ketika itu.

Pada tahun 1977, boer telah diimport oleh Jerman. New Zealand dan Australia telah mengimport boer pada tahun 1987 dan 1988. Di Amerika dan Kanada pula pada tahun 1993 selepas kedatangan embrio boer di Olds College, Kanada.

Sekian.